Tugas dan Tanggungjawab Ibu Bapa atau
Penjaga
Ibu bapa atau penjaga murid perlu memainkan peranan dalam
perlaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah demi menghargai bantuan yang diberikan
oleh kerajaan. Ibu bapa atau penjaga seharusnya memupuk rasa sayang akan buku
teks di kalangan anak mereka. Mereka seharusnya menjamin keselamatan buku
berkenaan.
Oleh itu, ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas atau tanggungjawab
seperti berikut:
i)
memberi maklumat yang tepat dan
benar dalam pengisian Borang Kelayakan Murid (Borang SPBT 1).
ii)
Memupuk sikap sayang akan buku
teks SPBT kepada anak/tanggungan mereka.
iii)
Memastikan buku teks yang diupinjam
oleh anak/tanggungan mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
iv)
Menggantikan buku teks yang dihilangkan
atau dirosakkan oleh anak/tanggungan mereka.
v)
Memastikan anak/tanggungan ibu
bapa atau penjaga membawa buku teks mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah.
Tugas dan Tanggungjawab Murid
Dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, kesedaran di kalangan
murid dalam menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka adalah amat penting.
Mereka seharusnya dipupuk dengan rasa kesedaran atas sumbangan yang disediakan
oleh kerajaan dalam pendidikan mereka. Oleh itu, murid perlu memainkan peranan
mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:
i)
Murid sebagai pengguna buku teks
hendaklah menghargai sumbangan kerajaan
ii)
Murid hendaklah mempunyai sikap
tanggungjawab dan sayang akan buku teks dengan cara:
·
Mebalut buku teks.
·
Menjaga kebersihan dan keselamatan
buku teks.
·
Mengembalikan buku teks yang
dipinjam pada masa yang ditetapkan.
·
Menggantikan buku teks yang dihilangkan/dirosakkan.
i)
mengisi maklumat diri yang lengkap
sebagai peminjam di ruang yang disediakan pada cap SPBT