Peranan Jabatan Pendidikan Negeri

 

Dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT di peringkat negeri, BBT telah menurunkan kuasanya kepada JPN untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan SPBT di negeri masing-masing. Kuasa yang diperturunkan masih dikawal oleh BBT. Oleh itu, JPN memainkan peranan sebagai pengurus, pengawal dan pelaksana dasar SPBT di peringkat negeri. Dengan peranan tersebut, JPN mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:

 

i)                     Merancang pelaksanaan dan pengurusan SPBT di peringkat negeri.

ii)                    Mengawal keperluan buku teks yang dipohon oleh sekolah.

iii)                   Merancang, menguruskan dan mengawal perbelanjaan peruntukan SPBT yang diterima daripada BBT.

iv)                  Merancang dan menguruskan pembangunan pelaksanaan dan pengurusan SPBT peringkat negeri.

v)                   Menguruskan taklimat penentuan keperluan buku teks kepada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru SPBT.

vi)                  Mendapatkan dan memproses maklumat tentang keperluan buku teks daripada sekolah.

vii)                 Menyediakan maklumat tentang keperluan buku teks di sekolah dengan tepat dan benar.

viii)                Memesan buku teks yang diperlukan oleh sekolah di negeri masing-masing daripada penerbit.

ix)                  Memantau pembekalan dan penerimaan buku teks di sekolah.

x)                   Membuat pembayaran tuntutan pembekalan buku teks kepada penerbit.

xi)                  Melaporkan perbelanjaan peruntukan SPBT peringkat negeri kepada BBT.

xii)                 Menyelia pengurusan SPBT disekolah bersama-sama PPB/PPD.

xiii)                Menguruskan pelupusan buku teks di negeri masing-masing.